Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 23)
Bab 1⃣7️⃣: Salafus Soleh Menilai Seseorang Dengan Melihat Teman Rapatnya (Bahagian 2)
Musa bin Uqbah ash-Shuriy tiba di Baghdad dan hal ini disampaikan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله, lalu beliau sampaikan, “Perhatikan di mana ia singgah dan kepada siapa dia berkunjung.” (Al-Ibanah 2/479-480 no. 511)
Al-Auza’i رحمه الله berkata, “Sesiapa yang menyembunyikan bid’ahnya dari kita, (namun dia) tidak akan dapat menyembunyikan persahabatannya.” (Al-Ibanah 2/476 no. 498)
Amru bin Qais al-Mulaiy رحمه الله berkata, “Jika kamu lihat seorang pemuda tumbuh bersama Ahli Sunnah wal Jamaah, harapkanlah dia dan bila ia tumbuh bersama Ahli Bid’ah, berputus asalah kamu dari (mengharap kebaikan)nya. Kerana pemuda itu bergantung di atas apa yang pertama kali ia tumbuh dan dibentuk.” (Al-Ibanah 1/205 no. 44 dan 2/482 no. 518)
Ketika Sufyan ats-Tsauri رحمه الله datang ke Basrah melihat keadaan ar-Rabi’ bin Shabiih dan kedudukannya di tengah umat, Yahya bin Sa’id al-Qaththan berkata, “Ia (Sufyan) bertanya apa mazhabnya?” Mereka menjawab bahawa mazhabnya tidak lain adalah Ahlus Sunnah. Ia berkata lagi, “Siapa teman dekatnya?” Mereka menjawab, “Qadari (pengingkar takdir).” Beliau (Sufyan) berkata, “(Kalau begitu) bererti dia seorang Qadari.” (Al-Ibanah 2/453 no. 421)
Al-Imam Abu Daud as-Sijistani رحمه الله berkata, “Saya berkata kepada al-Imam Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal رحمه الله, “(Jika) saya melihat seorang Sunni bersama Ahli Bid’ah, apakah saya tinggalkan ucapannya?” Beliau menjawab, “Tidak. Sebelum kamu terangkan kepadanya bahawa orang yang kamu lihat bersamanya itu adalah Ahli Bid’ah. Maka jika ia menjauhinya, tetaplah berbicara dengannya dan jika (ia) tidak mahu, (maka) gabungkan sahaja dengannya (anggap sahaja ia termasuk Ahli Bid’ah). (Kerana) Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Seseorang itu (dinilai dari) siapa teman dekatnya”.” (Thabaqat Hanabilah 1/160 no. 216)
Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة
Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi. Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf