All

Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 9)

Thoriqussalaf
Thoriqussalafby admin
October 28, 20152 min read
Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 9)

Ringkasan Artikel

Anda harus login untuk membuat ringkasan otomatis menggunakan AI.

Login sekarang →

🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿

🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 9)

📚 Bab 6⃣:
Al-Mashalih Al-Mursalah Tidak Termasuk Bid’ah

☝Al-Mashalih al-Mursalah (kebaikkan yang dibiarkan) adalah mashlahat (kebaikkan) yang syariat tidak menyatakan (dengan tegas) penggunaan atau pelarangannya. Kebaikkan itu sendiri menjadi sarana untuk mewujudkan suatu perkara yang disyariatkan, seperti mengumpulkan Al-Qur’an pada masa Abu Bakar dan Utsman.

✅ Pengumpulan Al-Qur’an adalah salah satu sarana untuk menjaga Al-Qur’an dan agar tidak ada bahagian-bahagiannya yang hilang. Hal ini merupakan realisasi firman Allah:

📖 “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)

👍❗TIDAK BOLEH DIKATAKAN: Bahawasanya di antara perkara bid’ah ada yang hasan (baik), kerana masuk dalam lingkup al-Mashalih al-Mursalah. Dikeranakan pada al-Mashalih al-Mursalah terdapat unsur realisasi perkara yang telah disyariatkan. Hal ini berbeza dengan bid’ah yang padanya terdapat unsur tuduhan bahawa syariat belum sempurna, sebagaimana telah lalu penjelasannya.

📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

HomeRadioArtikelPodcast